Bekas perdana menteri Najib Razak tidak mahu ketinggalan
mengucapkan tahniah ke atas kemenangan calon BN Ramli Mohd Nor dalam PRK
Cameron Highlands.
"Syabas kepada jentera Barisan Nasional di PRK Cameron Highlands.
"Tahniah saudara Ramli Mohd Nor, ahli parlimen Cameron Highlands yang baru.
"Terima kasih kepada semua pengundi yang memilih BN termasuk di Felda, kampung tradisional dan pos Orang Asli.
"Ini adalah kemenangan rakyat!" katanya melalui Twitter.
Terdahulu, calon Pakatan Harapan M Manogaran pada sidang medianya di pusat operasi kempen akur dengan kekalahannya.
Manogaran mendakwa kekalahannya adalah disebabkan taktik BN menggunakan sentimen kaum dan agama.
Bagaimanapun, beliau menyeru agar pemimpin PH terus membantu penduduk Cameron Highlands.
"Kita perlu terus membantu penduduk. Saya komited untuk membantu kerajaan membawa pembangunan di sini," katanya.
Ramli, bekas pegawai kanan polis menang dengan majoriti sebanyak 3,238 undi selepas mendapat 12,038 undi.
Beliau menewaskan tiga calon lain, Manogaran yang mendapat 8,800 undi serta dua calon bebas iaitu bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki Sallehudin Ab Talib (314 undi dan petanu Wong Seng Yee (276 undi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan