Sabtu, 5 Januari 2019

Angin kencang, laut bergelora dijangka berlaku hari ini

SELANGOR KINI




KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka terus berlaku di kawasan perairan barat Samui dan Phuket, hari ini.

Dalam kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, angin berkelajuan 50 – 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter (m) adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu turut memaklumkan, angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Timur Samui dan Selat Melaka Utara dalam tempoh sama.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Angin berkelajuan 40 – 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 m adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.SUMBER: BERNAMA

Tiada ulasan: