OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH
ALAM: Kemasukan pelajar Tahun Satu di sekolah rendah dan
Tingkatan Satu di sekolah menengah seluruh Selangor meningkat dengan
mendadak berbanding tahun sebelumnya.
Pengarah Jabatan Pendidikan
Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, bilangan pelajar mendaftar
Tarjah Aatu pada tahun ini meningkat kepada kira-kira 96,000 orang.
Di
Selangor, bilangan pelajar Tahun Satu sahaja menunjukkan peningkatan
ketara daripada kira-kira 91,000 orang tahun lalu kepada sekitar 96,000
tahun ini.
“Begitu juga peningkatan menggalakkan bagi pelajar
Timngkatan Satu daripada lebih kurang 70,000 orang kepada 73,000 pelajar
di mana ini pertambahan besar,” katanya kepada media pada acara Larian
Ceria Pendidikan Selangor 2018 di Taman Botani Negara di sini, hari ini.
Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.
Mohd
Salleh melahirkan rasa gembira berikutan sesi minggu pertama
persekolahan berjalan lancar dengan tiada sebarang isu serius
berbangkit.
“Saya amat bersyukur kerana sepanjang minggu pertama
sesi persekolahan tahun ini di Selangor berjalan lancar walaupun
terdapat beberapa aduan tetapi ia perkara biasa dan bila disiasat,
perkara itu sebenarnya tidak berasas.
“Saya amat berbesar hati
dengan komitmen, kerjasama dan inisiatif semua warga pendidik Selangor
dan kaki tangan lain yang bertungkus lumus memastikan sesi persekolahan
berjalan lancar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan