Tanggungjawab muslim promosi Islam sebagai agama kedamaian
BANGI
– Umat Islam diingatkan supaya memanfaatkan bulan Syawal untuk terus
melakukan amal dan kebaikan, dan menjauhi segala larangan walaupun
Ramadan sudah berakhir.
Menerusi
khutbah khas Aidilfitri hari ini, Jakim berkata, Hari Raya bukanlah
lesen untuk umat Islam melakukan sebarang perbuatan tanpa batas.
Bahkan
katanya, bulan kemenangan umat Islam ini juga bukan masa untuk ‘membalas
dendam’ kepada Ramadan, dengan makan sepuas-puasnya sehingga gagal
mengawal nafsu.
“Islam
berbeza dengan agama-agama rekaan manusia yang lain. Ada batasan dan
sempadan yang perlu kita sentiasa jaga dan berwaspada.
“Jagalah
niat, kelakuan, percakapan, pandangan dan pergaulan kita. Jagalah akhlak
dan tingkah laku. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang memelihara
kehormatan mereka,” kata khutbah.
Khutbah
berkata, Aidilfitri menjadi titik tolak kepada perubahan untuk seluruh
umat Islam memperbaiki hubungan antara satu sama lain.
Justeru
katanya, perkara wajib yang boleh dibuktikan apabila tiba Syawal adalah
bermaaf-maafan dengan jujur dan ikhlas, serta melupakan segala
persengketaan yang membawa perpecahan.
“Selari
dengan tarbiyah bula Ramadan, setiap umat Islam perlu berusaha menjauhi
sebarang perbalahan, pertengkaran, mahu pun perdebatan yang merugikan,”
katanya.
Jakim
berkata, dalam bergembira menyambut kedatangan Syawal, janganlah
sesekali melupakan mereka yang kurang berkemampuan seperti anak yatim,
fakir miskin dan orang kelainan upaya.
“Jangan lupa juga kegetiran hidup saudara seagama kita yang menderita ditindas dan dizalimi di Rohingya, Palestin dan Syria.
“Mereka
memerlukan perhatian, bantuan dan sokongan agar dapat meneruskan
perjuangan hidup. Adalah menjadi tanggungjawab kita membantu mempromosi
Islam sebagai agama kedamaian dan membenci kezaliman,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan