KUALA LUMPUR: Plus Malaysia (PLUS) akan berhenti mengeluarkan resit tol di semua plaza tol kendaliannya mulai 19 Mac ini.
Ketua Pegawai Operasi Plus Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata langkah
itu diambil untuk mengelakkan kesesakan kenderaan keluar ke lebuh raya.
“Matlamat pelaksanaan transaksi tol secara elektronik sepenuhnya yang
lebih pantas dan mudah sukar dicapai sekiranya masih terdapat sesetengah
pengguna lebuh raya masih mahu mencetak resit tol bagi perjalanan
mereka.
”Tindakan itu akan menyebabkan kesesakan di lorong terbabit dan akan
mengganggu perjalanan pengguna di lorong berhampiran,” katanya dalam
kenyataan, Khamis.
Zakaria menyarankan pengguna mendaftarkan kad PlusMiles atau Touch ‘n’
Go mereka di www.plusmiles.com.my atau www.touchngo.com.my bagi
membolehkan mereka mencetak penyata transaksi elektronik.
Bagi kenderaan berat atau kenderaan komersial, penyata transaksi mereka
dapat diakses apabila mendaftar menerusi program PlusTrack.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan