Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Mengapa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali harus mempertikaikan
tindakan PAS mengadu kepada Allah SWT dan Sultan Selangor ?
Itu respon Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi terhadap Menteri
Besar Selangor bersabit sekatan dana kerajaan negeri membabitkan 13
ADUNnya di negeri berkenaan.
Terdahulu Azmin dilaporkan berkata 'PAS Selangor hanya mengadu pada
Allah dan Sultan Selangor, tetapi dia tak mengadu dengan saya'.
"Apa masalah dia nak persoal kita nak mengadu kepada Allah, kepada
Tuanku (Sultan Selangor). Kita maklumkan sahaja supaya Tuanku tahu hal
yang sebenarnya, tidak hanya dengar cerita daripada dia (Azmin) sahaja.
"Ikut suka kitalah kita nak mengadu pada Allah, kalau dia kata dia tidak mahu mengadu pada Allah, terpulang kepadanya.
"Memang kita selalu mengadu pada Allah, nama pun kita sebagai hamba
Allah, apa yang dia nak persoalkan kita nak mengadu kepada Allah,"
katanya ketika dihubungi Antarapos.
Sallehen berkata pihaknya sudah memberikan masa yang secukupnya kepada
Azmin sebelum bertindak menulis surat kepada Sultan Sharafuddin Idris
Shah.
ADUN Sabak itu juga sudah menyampaikan hasratnya kepada Azmin untuk
berjumpa dengan menteri besar itu bagi menyelesaikan kemelut itu namun
tidak dilayan.
Beliau berkali-kali menegaskan jika Azmin terus menahan dana itu rakyat
yang akan menjadi mangsa secara langsung dan bukannya ADUN PAS.
"PAS tidak mahu mengadu dan merayu kerana sekarang ini Azmin sedang
berperang dengan rakyat sebenarnya, yang ditindas sekarang ini, yang
dinafikan (hak) sekarang ini ialah majoriti pengundi Melayu.
"Dalam DUN saya pengundi Melayu sahaja ada lebih 80 peratus, di Sungai
Besar majoriti pengundi Melayu, di Sungai Tawar lebih 90 peratus
pengundi Melayu, tapi Sekinchan DAP boleh pulak dapat (peruntukan), apa
masalahnya?
"Masalahnya sebab dia marah dengan PAS, jiwa dia sedang berkecamuk
untuk menghadapi pilihan raya jadi saya rasa itulah, masalah jiwa dia
sedang berkecamuk.
"Dia pun tahu dia tidak boleh jadi menteri mesar walaupun dia menang
apatah lagi soal nak menghadapi pilihan raya dengan tiga penjuru dan
sebagainya," katanya lagi.
Kemelut sekatan dana wakil rakyat di Selangor hanya melibatkan ADUN PAS.
Azmin pada mulanya menafikan dana itu disekat tetapi hanya masalah teknikal.
Namun menghampiri penghujung Mac, dana itu masih gagal diperolehi ADUN
PAS meskipun sudah berkali-kali mereka membuat tuntutan di pejabat
daerah masing-masing.
Natijahnya, kesemua ADUN PAS negeri itu terpaksa menggunakan wang
peribadi bagi melaksanakan kerja-kerja mesra rakyat di kawasan
masing-masing.
Sehingga kini, lebih RM700,000 wang peribadi didahulukan ADUN PAS demi untuk rakyat, beritahu Sallehen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan