Khamis, 22 Mac 2018

Harga petrol, diesel naik 2 sen

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol dan diesel masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 2 sen bermula 22 hingga 28 Mac ini. 
 
Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 dijual pada RM2.20 seliter berbanding minggu lalu RM2.18.
 
Manakala RON97 pula dijual pada harga RM2.47 seliter dan diesel RM2.18 seliter. 
 
Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun lalu.
 
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.
 
 

Tiada ulasan: