SELANGOR KINI
KUALA
LUMPUR : Kebakaran di stor penyimpanan peralatan Makmal Jabatan
Patologi di Institut Forensik Perubatan Negara (IFPN) Hospital Kuala
Lumpur (HKL) hari ini dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata stor
penyimpanan yang terbakar melibatkan peralatan bedah siasat yang
diperbuat daripada plastik.
Beliau berkata kebakaran pada
kira-kira 12.15 tengah hari itu menyebabkan dua petugas yang berada di
dalam stor di tingkat bawah bangunan berkenaan terperangkap, namun
kedua-duanya sempat naik ke tingkat atas sebelum diselamatkan anggota
bomba.
“Susulan
itu, pihak HKL telah mengambil tindakan dengan menutup suis elektrik di
makmal itu termasuklah membawa keluar kira-kira 150 tong oksigen ke
tempat selamat.
“Selain itu, bomba juga mengalihkan bahan kajian
HKL yang diletakkan di dalam peti sejuk dan mengalihkan 19 mayat dari
bilik mayat ekoran suis peti sejuk ditutup,” katanya pada sidang akhbar
di IFPN di sini.
Khirudin berkata, stor berkenaan terbakar 100
peratus tetapi kebakaran tidak merebak ke bahagian lain kerana api
berjaya dikawal pihak bomba dalam masa setengah jam.
“Pengoperasian
HKL berjalan seperti biasa kecuali di makmal stor penyimpanan itu yang
ditutup sementara untuk siasatan forensik kebakaran.
“Pihak bomba
menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 12.20 tengah hari dan tiba
di lokasi 10 minit kemudian bersama lima jentera bomba antaranya dari
Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan KLCC dengan jumlah keanggotaan
sebanyak 31 anggota serta lapan pegawai,” katanya.
Beliau turut
mengucapkan tahniah kepada petugas HKL kerana memanggil pasukan
Emergency Response Team HKL sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat
kejadian.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.
SUMBER: BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan