OLEH ZAREEF MUZAMMIL
BESTARI
JAYA: Universiti Selangor (UNISEL) terus mengorak langkah ke
hadapan dalam memacu pendidikan mampan melalui penerapan bersifat multi
disiplin dalam kalangan pelajarnya.
Naib Canselor, Prof Dato’ Mohd
Redzuan Othman berkata, bagi melahirkan pelajar sedemikian, pelajar
perlu diasuh, dididik dan didedahkan dengan pelbagai program bersifat
multidisiplin.
“Pendidikan
hari ini jauh berbeza jika dibandingkan pendidikan 30 tahun lepas yang
mana masing-masing mengejar untuk dapatkan sijil.
“Namun
pendidikan hari ini menekankan aspek penguasaan pelbagai kebolehan dan
kemahiran yang harus bergerak seiring,” katanya ketika ditemui
SelangorKini selepas majlis Perasmian Hari Terbuka UNISEL 4.0, di Pusat
Sukan IPIS, di sini, hari ini.
Beliau
berkata, sejajar dengan hasrat itu satu dasar rasionalisasi fakulti
diperkenalkan pada September 2016 melibatkan penggabungan fakulti kampus
Bestari Jaya dan Shah Alam.
“Contohnya, Fakulti Kejuruteraan
digabungkan dengan Fakulti Sains Hayat menjadikan ia sebagai Fakulti
Kejuruteraan dan Sains Hayat, manakala Fakulti Komunikasi Media
digabungkan bersama Fakulti Seni Reka dan Fakulti Sains Komputer
menjadikan ia sebagai Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan
Pengkomputeran.
“Melalui penggabungan itu, ia membolehkan pelajar
untuk berdaya saing dan lebih kompeten setelah menamatkan pengajian
apabila menguasai kemahiran daripada segi aspek lebih menyeluruh,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan