Khamis, 22 Mac 2018

761 projek tertangguh akibat krisis air Selangor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa sebanyak 761 projek masih ditangguhkan kelulusan bekalan airnya di Selangor sehingga 31 Januari 2018 lalu, akibat krisis pembekalan air di negeri itu.
 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 40 peratus atau 305 projek adalah berkaitan pembangunan perumahan pangsapuri dan teres.
 
Katanya, hal itu sama sekali benar dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Selangor sedang menghadapi masalah air yang kritikal.
 
“Tetapi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mahu menerima kenyataan dan malah beliau juga ego tidak tahu membezakan antara air di empangan dan air terawat.
 
“Saya mahu tanya Mohamed Azmin sama ada beliau menggunakan air di empangan atau air terawat. Jika menggunakan air empangan saya boleh arahkan bomba hantar air ke rumahnya,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini

Tiada ulasan: