shahbudindotcom
Di
samping beberapa kejanggalan lain dalam lawatan Najib Razak ke Amerika
Syarikat kali ini, yang paling ketara tentunya ialah ketidaksediaan atau
lebih tepat, ketakutan beliau mengadakan sidang media selepas
pertemuannya dengan Donald Trump.
Semalam,
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyatakan rasa hairannya tentang
beberapa perkara mengenai lawatan Najib, antaranya:-
- tiada sambutan rasmi diberikan, baik ketika pesawat yang membawa Najib mendarat mahu pun ketika beliau tiba di White House.
-
tidak menginap di Blair House, rumah penginapan untuk tetamu negara,
sebaliknya menyewa bilik di sebuah hotel kepunyaan Trump di Washington
sedangkan kedatangan Najib diberitakan adalah atas jemputan Presiden
Amerika itu.
Sehubungan
itu, Rafizi menyimpulkan lawatan Najib tidak lebih sebagai kunjungan
peribadi yang mungkin diatur oleh golongan pelobi berbayar semata-mata
untuk melonjakkan kembali namanya yang terperosok dengan teruk berikutan
saman sivil dan siasatan jenayah oleh DOJ berkaitan dana 1MDB yang
diselewengkan.
Tetapi, kejanggalan paling nyata ialah pastinya kerana tiada sidang media selepas pertemuan Najib dengan Trump.
Jika
Najib merasakan kunjungannya bertemu Trump yang antara tujuan utamanya
ialah untuk menutup mulut-mulut pengkritik berkaitan 1MDB atau yang
mengaitkan dirinya dengan syarikat pelaburan itu, mengadakan sidang
akhbar dan bertemu dengan media-media Amerika seharusnya menjadi peluang
keemasan yang tidak patut dilepaskan.
Kecualilah
jika Najib memang ada rasa bersalah dalam dirinya, peluang berdepan,
memberi penjelasan dan bersoal-jawab dengan media-media Amerika seperti
WSJ, Washington Post, New York Times, Bloomberg dan sebagainya berhubung
apa juga persoalan tentang 1MDB, adalah lonjakan yang sebenar dapat
memutihkan kembali hitam kelabu namanya selama ini.
Di situlah sebenarnya wibawanya akan dapat diserlahkan sekiranya segala kekeliruan dapat ditangani dengan baik.
Ketika
bertemu media-media Amerika itulah seharusnya Najib boleh berhujah
banyak perkara, termasuk mungkin menggunakan gebang puak-puak propaganda
kononnya 1MDB tidak pernah kehilangan wangnya, sebaliknya yang hilang
wang ialah IPIC, siapa Jho Low - penasihat 1MDB, rakan keluarga atau
penasihat IPIC, proses rasionalisasi, pemecatan Peguam Negara, laporan
audit yang diOSAkan dan tidak terkecuali berhubung laporan PAC yang
diceritakan kepada makcik-makcik Felda sebagai sudah membersihkan
namanya.
Dalam
pada itu, dengan mengadakan sidang media dan berhadapan dengan para
wartawan Amerika, Najib juga berpeluang menjelaskan siapakah MO1 yang
didakwa oleh DOJ telah menerima wang sebanyak AS$731 juta daripada dana
1MDB yang diselewengkan menggunakan akaun bank peribadinya itu.
Najib
tentunya berpeluang sama menjelaskan siapakah isteri MO1 yang turut
didakwa menerima hadiah daripada Jho Low berupa barangan kemas berjumlah
keseluruhannya sebanyak RM128 juta, juga daripada dana 1MDB yang
diselewengkan.
Tidak
lupa, sekiranya Najib masih berpegang kepada keyakinan bahawa wang
RM2,600 juta yang pernah diterimanya adalah benar-benar derma daripada
Pak Arab yang pemurah, di sinilah turut merupakan peluangnya untuk
menyebut nama penderma tersebut.
Kepada
WSJ yang pernah diancam mahu disamannya, di bumi Amerika jugalah
peluang terbaik untuk Najib, sama ada mahu berterus-terang mengenai apa
juga isu 1MDB atau secara depan-depan mengatakan akan benar-benar
menyaman mereka.
Sayangnya,
Najib tiada keberanian untuk berdepan dengan media Amerika dan peluang
terbaiknya untuk membersihkan nama dan memberi penjelasan
sejelas-jelasnya berkaitan 1MDB, telah berlalu dan terlepas begitu saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan