Selasa, 5 September 2017

PAS tak minat campur tangan dalam pergolakan PKR atau PH, kata Nasruddin

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS tidak berminat untuk campur tangan dalam pergolakan PKR dan Pakatan Harapan (PH) meskipun ia membabitkan partinya bersabit rundingan kerjasama politik ke arah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata PAS buat masa ini mahu fokus kepada mengukuhkan parti dan Gagasan Sejahtera menjelang pilihan raya yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
 
"Kami ambil sikap tak minat campur tangan urusan rumah tangga orang. Kami fokus 'roadmap' kami, kita tangkis fitnah terhadap PAS, kita susun gerak kerja. Kita tak nak mood kita hadapi PRU terganggu bunyi bising rumah sebelah. Itu terpulang pada mereka," 
 
"Kita tak ada kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) sebab pada kita sukar untuk hadapi PRU dengan sikap tidak konsisten. Kita kena konsisten supaya ahli jelas sikap parti dan rakyat jelas apa sikap parti. Pandangan ahli kita," katanya pada sidang media sebentar tadi. 
 
Nasrudin kemudiannya mengesahkan tiada sebarang rundingan rasmi berkaitan politik antara PAS dan PKR. 
 
"Kalau berkait politik, PRU tidak ada. Kami ada keputusan dan ketetapan yang diputuskan oleh PAS pusat yang kita tak ada hubungan dengan DAP, PKR dan PH. 
 
"Kita tak berbangkit. Soal pihak mereka nak 'justify ' pertemuan tersbut terpulang pada mereka. Pada kita tak ada," tambahnya

Tiada ulasan: