NILAI: Atlet berbasikal para negara menyumbang lima pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN Ke-9 hari ini.
Emas pertama disumbangkan Muhammad Adi Raimie Amizazahan selepas
menjuarai acara 1km ujian masa lelaki kategori C1, C2 dan C3 di Velodrom
Nasional di sini sebentar tadi.
Adi mencatat masa 1minit:17.232 saat untuk menewaskan rakan senegara,
Mohd. Yusof Hafizi Shaharuddin di tempat kedua dan pelumba Singapura,
Tan Hun Boon ketiga.
Sementara itu, Mohd Najib Turano pula meraih emas kedua negara selepas
memenangi acara 1KM ujian masa lelaki (c4) berbasikal dengan catatan
masa terpantas 1minit 12.771 saat.
Gandingan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Noraidillina Adilla J Sam kemudiaanya menghadiahkan pingat emas ketiga negara.
Ia susulan kejayaan mereka menjuarai acara pecut (b) wanita berbasikal
para selepas menewaskan gandingan Singapura, Emily Lee dan Sarah Tan.
Pingat emas keempat pula diperoleh sebentar tadi menerusi M Afiq Afify
Rizan dan M Khairul Adha Rasol bagi acara pecut (b) lelaki.
Pada aksi final itu, mereka menewaskan rakan senegara, M Amin Najmi
Romzi dan M Firdaus M Zonis untuk berpuas hati dengan pingat perak.
Kontinjen negara terus mengorak kegemilangan apabila sebentar tadi,
Zuhairie Ahmad Tarmizi menyumbangkan pingat emas kelima negara menerusi
acara 1KM ujian masa (C5) lelaki selepas mencatatkan masa terpantas,
1minit 9.690 saat.
Sebanyak tujuh emas dipertandingkan pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan