Isnin, 18 September 2017

MAT TAIB YANG TIGA KALI JANDA PUN DIRAIKAN MACAM GADIS JELITA, SAH UMNO DAH HAMPIR PUTUS NYAWA

shahbudindotcom


Gempaknya sejak semalam bukan main hebat dan bagai nak bergegar negara dibuatnya.

Diberitakan:-

- sidang media khas akan diadakan oleh Najib Razak pada 4.45 petang, 17 September di ibu pejabat UMNO.
- semua Ahli MT UMNO dikehendaki hadir.
- Zahid Hamidi terpaksa memendekkan lawatannya ke Perlis, malah salah satu programnya di negeri itu telah dibatalkan.

Wowwwww....sekurang-kurangnya kalau pun tidak mengenai pembubaran Parlimen, mengumumkan bersatunya Pas dan UMNO adalah paling padan dengan gah yang didendangkan mengenai sidang akhbar petang tadi.

Tapi, yang diumumkan rupa-rupanya hanyalah mengenai kemasukan semula bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib ke dalam UMNO.

Kah, kah, kah.....
Sebelum ini, beliau sudah pun keluar UMNO pada 2013 untuk menyertai Pas. Kemasukannya ketika itu hanya diraikan dalam sidang akhbar sederhana saja, malah diberitakan beliau turut menderma ratusan ribu kepada Pas bersama borang keahlian yang diserahkannya itu.

Pada 2015, Mat Taib keluar Pas untuk menyertai PKR pula. 

Maknanya, ketika keluar UMNO Mat Taib jadi janda kali pertama, keluar Pas jadi janda kali kedua dan keluar PKR jadi janda kali ketiga.

Dah tiga kali janda beb!!

Memanglah tergelak seluruh dunia dan segala kera serta ungka apabila Najib tiba-tiba boleh meraikan kemasukannya semula ke dalam UMNO bagai menerima kehadiran gadis jelita dengan mengadakan sidang media khas di Tingkat 39, ibu pejabat UMNO, dihadiri oleh semua Ahli MT dan Zahid Hamidi terpaksa memendekkan lawatannya ke Perlis bagi tujuan itu.

Realitinya Mat Taib atau Mike Tyson bukan sesiapa lagi dan pengaruhnya tidak juga seberapa.

Dengan mengadakan majlis sebegitu gah untuk seseorang yang sudah tiga kali janda, tiada lain menandakan Najib dan UMNO sudah begitu terdesak dan hampir putus nyawa untuk memenangi pilihanraya sehingga nampaknya tidak mampu lagi membezakan antara kaca dengan permata.
Apa yang mampu Mat Taib lakukan untuk mengukuhkan UMNO?

Apa juga yang mampu dilakukannya untuk membantu Noh Omar menawan semula Selangor?

Atau ia tidak lebih menandakan hilangnya kepercayaan serta keyakinan Najib kepada Noh Omar?

Sebab itulah, reaksi Menteri Besar, Azmin Ali mengenai kemasukan Mat Taib ke dalam UMNO dan tentang bagaimana Najib meraikan bekas Menteri Besar Selangor itu hanyalah dengan ketawa saja....kah kah kah.

Memang tak patut kalau kita tak turut ketawa sama...kah, kah, kah, kah, kah, kah.

Tiada ulasan: