SEMALAM ( 7
September 2017 ) Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, menyebut
bahawa untuk meningkatkan darjat Bahasa Inggeris, Kerajaan Negeri
Sarawak perlu menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Kata
beliau, yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan merangkap Pengerusi
Pakatan Harapan Sarawak, menjadi dasar Pakatan Harapan bahawa jika
Pakatan Harapan menguasai Putrajaya maka autonomi dalam pelajaran akan
diberikan kepada Sarawak dan bahawa dasar pelajaran baru Pakatan Harapan
akan menubuhkan Sekolah Inggeris.
Kata
beliau lagi, tidak mengapa jika Kerajaan Negeri Sarawak tidak mahu
menerima pakai cadangan Pakatan Harapan pun kerana rakyat Sarawak tidak
perlu menunggu lama untuk Sekolah Inggeris tersebut ditubuhkan di
Sarawak sebab Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah dekat dan kemungkinan
Pakatan Harapan menawan Putrajaya adalah tinggi.
Perkara
ini sebenarnya bukan perkara baru kerana Konvensyen Tahunan DAP Sarawak
pada 26 Oktober 2014 telah mengeluarkan Deklarasi Bintulu bagi
membutirkan asas-asas perjuangan DAP Sarawak di mana di antara butiran
ini adalah “menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar”.
Perkara
ini turut diulang oleh Chong Chieng Jen dalam ucapan beliau selaku Ahli
Parlimen Bandar Kuching pada sidang Dewan Rakyat 8 Mac 2016 dengan
menyebut “kami mahu hak untuk menulis sukatan pelajaran kami sendiri dan
kami mahu menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar”.
Agak pelik
kenyataan Chong Chieng Jen ini kerana, jika penguasaan Bahasa Inggeris
yang menjadi masalah, kenapa cadangan penyelesaiannya difokuskan kepada
“menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar”nya sahaja? Apakah penganut agama lain tidak
mempunyai masalah ini?
Atau
apakah mungkin ada agenda tersirat lain di sebalik cadangan tersurat DAP
Sarawak, yang kini diumumkan sudah menjadi dasar Pakatan Harapan oleh
Naib Presiden Pakatan Harapan merangkap Pengerusi Pakatan Harapan
Sarawak, untuk “menghidupkan kembali Sekolah Mubaligh Kristian dengan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar” ini?
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Sumber: Facebook Kamarul Yusoff
Tiada ulasan:
Catat Ulasan