Selasa, 5 September 2017

Anwar Punca PKR Berpecah,Lemahkan Pakatan Harapan,Kata Hishamudin Rais






Aktivis sosial, Hishamuddin Rais menyalahkan cara kepimpinan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menjadi punca parti Keadilan itu berpecah sehingga melemahkan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, Anwar mengeluarkan pandangan yang berbeza, hingga menyebabkan PKR berpecah belah.

“Contohnya: Dalam satu perkara yang sama Anwar memberi pandangan, memberi arahan yang berbeza-beza dari satu sosok kepada yang lain.

“Misalnya kepada Si Polan A Anwar telah memberi pandangan lain dari yang diberi kepada kepada Si Polan B. Dan agak berbeza juga dari yang diterima oleh Si Polan C,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insight.

“Cara atau method dan pendekatan memimpin seperti ini tidak baik. Ianya tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas.

“Hasilnya ialah cerai berai,” katanya lagi.

Hishamudin berkata kekangan Anwar sebagai banduan di penjara menyebabkan perutusannya boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan.

“Penjara memustahilkan Anwar daripada dapat membuat keputusan dan mengeluarkan pandangan tentang politik harian yang betul dan tepat.

“Dalam penjara maklumat sampai terputus-putus. Pengalaman dalam penjara membuktikan bahawa maklumat yang sampai bukan saja tidak tuntas malah ada kemungkinan dimasuki oleh ‘aji-no-moto’,” katanya.

Tiada ulasan: