SAYA terharu seronok dan terkedu seronok serta
bertahniah dari jauh kepada seorang biduan kesukaan ramai di zaman
mudanya di Singapura di hari tuanya jadi imam di Melaka. (Foto hiasan)
Setelah
lama berkelana di Singapura sebagai seorang penyanyi bersama isterinya,
mereka pulang ke Melaka untuk menjaga orang tua yang uzur dan memulakan
kehidupan baru yang sama sekali asing dari kehidupan selebriti seorang
penyanyi. Dia menjadi tukang gunting rambut yang pendapatannya tidak
seberapa.
Suara emas yang Allah anugerahkan kepadanya
dimanfaatnya melung azan bila masuk waktu di musalla di tempat
tinggalnya. Penyanyi yang merdu memang boleh menjadi halwa teling yang
menarik. Jika dulunya suaranya jadi buruan penagih hiburan, tiba-tiba
jadi rinduan orang-orang tua dan para lebai. Jadilah dia bilal kesukakan
semua.
Terbiasa menjadi bilal dia pun menjadi salah seorang imam. Dan sekarang terkenal sebagai tukang gunting yang menjadi imam.
Demikianlah
penggiat seni suara yang tergolong sebahagian dai anak wayang, Allah
pilih menjadi orang surau sebagai imam dan bilal. Ada anak Felda yang
biasa melung azan bila masuk waktu hendak dicadangkan jadi bilal tetap
di suraunya, datang pilihan uji bakat temasya laku. Dia menyertai uji
bakat dan terpilih jadi penyanyi pujaan ramai.
Setelah Allah pilih dia jadi penyanyi tersohor, tidak dipastikan azan lagikah bila masuk waktu.
Tidak
diketahui latar belakang pendidikan agama, tetapi penyanyi yang jadi
tukang gunting dimuliakan Allah menjdi imam. Sebaliknya ada orang
belajar di Mekah musim Jepun dulu, Allah tak pilih jadi imam tapi jadi
orang wayang.
Ramai orang belajar agama yang boleh jadi
calon ulama memilih jadi penyanyi nasyid profesional. Maka masanya
banyak di majlis hiburan dari di majlis ibadat. Nasyid mulanya cara
dakwah, tetapi ia juga boleh jadi cabang hiburan. Hiburan tetap
sebahagian dari wayang. Bukan menyanyi tidak mulia, tetapi menjadi imam
dan bilal tetapi mulia di sisi Allah dan masyarakat.
Kurang
mulia kalau ustaz jadi penyanyi, tapi bahagialah seorang penghibur
menukar hidupnya menjadi pengunjung tetap surau yang sentiasa berjamaah,
apa lagilah kalau menghadiahkan suaranya untuk azan dan jadi imam pula.
Ada
yang bertanya, tidak rindukah dengan alam nyanyian? Biarkanlah
pengalaman lama jadi sejarah, moga-moga menguatkan takwa. Jangan sesudah
Allah letak di tempat tinggi, turun pula di tempat rendah walaupun
sekali sekala.
Jika suara merdu perlu dilepas untuk
peminat, manfaatkan untuk pelanggan ketika menggunting rambut. Mana tahu
lagu-lagu dakwah dan patriotik disampaikan ke teling Mat Rempit semasa
bergunting moga-moga bersara mereka dari rempit untuk acap ke masjid,
atau perompak yang bergunting dialunkan lagu Selimut Putih berheni
merompak.
Kalau sekadar hendak melepas rindu dan gian.
Bertuahlah
orang wayang yang Allah pilih jadi imam dan dimuliakan juga mencari
rezeki sebagai tukang gunting. Ia adalah pekerjaan yang boleh memegang
kepala semua orang tak kira raja atau hamba, penyangak atau pendidik.
Semulia orang adalah yang taqwa. Kepala orang takwa pun tukang gunting
pegang.
Paling taqwa adalah para nabi. Kita dimaklumkan ada
hikayat nabi bercukur. Tentu Nabi idak cukur sendiri. Tukang cukurlah
mencukurnya. Kepala nabi pun dia boleh pegang.
Kepala ada
anggota badan paling mulia. Orang idak pegang kepala kita melainkan
tukang gunting. Penyanyi itu moga-moga Allah muliakan sebagai imam dan
dapat memegang kepala semua orang. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan