Perkara itu disahkan oleh pelbagai pemimpin MT Umno ketika ditanya pemberita ketika meninggalkan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata parti itu mempunyai perkara lebih penting untuk dibincangkan berbanding isu Muhyiddin.
Anggota MT Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini berkata akan mencadangkan penyingkiran Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan nasib Muhyiddin tidak dibincangkan dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Muhyiddin digantung pada 26 Februari lalu.
Beliau sebelum itu dilucutkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana lantang mengkritik Najib dalam isu 1MDN dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.
Beliau kini berganding bahu dalam Dekralarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Najib sebagai perdana menteri.
Mahathir sebelum ini berkata lebih 1.2 juta orang telah menandatangani deklarasi itu, walaupun terdapat pertikaian berhubung keaslian penandatangan.
No comments:
Post a Comment