Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Rekod cemerlang dan perwatakan ADUN Meru Dr Rani Osman yang
disenangi pengundi pelbagai peringkat di Sungai Besar menjadikan faktor
utama PAS menamakan beliau sebagai calon parti itu pada Pilihanraya
Kecil (PRK) 18 Jun depan.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata
faktor itu menjadi taruhan kepada PAS dalam mencalonkan bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor itu bagi menentang calon Barisan Nasional (BN)
Budiman Zohdi.
"Pimpinan PAS mempertimbangkan semua faktor termasuk faktor anak
tempatan sebelum memutuskan Dr Rani Osman sebagai calon PAS di Sungai
Besar.
"Saya melihat PAS menurunkan Dr Rani kerana kad prestasinya sebagai
ADUN Meru yang cemerlang disamping perwatakannya yang disenangi oleh
semua segmen pengundi di Sungai Besar," katanya menerusi Aplikasi
WhatApps.
Sebelum ini PAS menerusi Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
berkata parti itu akan mengemukakan calon di kalangan penduduk tempatan
bagi kedua-kedua kerusi iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Namun semalam, Hadi mengejutkan ramai pihak apabila menamakan Dr. Rani
Osman sebagai calon yang merupakan orang luar Sungai Besar.
Tindakan Hadi itu pantas mendapat respon daripada Parti Amanah Negara (PAN).
Parti serpihan PAS itu menyifatkan langkah Hadi sebagai tidak bijak dan
hanya memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN).
Setiausaha PAN, Suhaizan Kayat yang berkata tindakan itu seakan menunjukkan wujud kerjasama tersirat antara PAS dengan Umno.
"Strategi BN letak (ADUN Sungai Besar) Budiman Mohd Zuhdi adalah untuk dapatkan sokongan Melayu.
"Strategi PAS letakkan Rani untuk tarik sokongan Cina yang tidak
diperoleh BN. Bukan untuk memenangkan PAS," ujar Suhaizan menerusi
status di Facebooknya.
No comments:
Post a Comment