MALAYSIAKINI
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao
berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap dengan pendirian
memartabatkan Islam biarpun ditekan banyak pihak.
"Minta Najib jangan tunduk dengan ugutan MCA dan Gerakan.
"Banyak lagi yang lebih relevan dalam kalangan parti komponen sedia berkhidmat jika diberi peluang," katanya.
Beberapa pemimpin parti komponen mengugut keluar daripada kabinet jika
rang undang-undang persendirian bagi bertujuan menambah kuasa Mahkamah
Syariah diluluskan di Dewan Rakyat.Ramesh juga menegaskan bahawa
undang-undang berkenaan adalah dikhususkan untuk umat Islam dan tiada
sebab pihak lain masuk campur.
"Hudud hanya untuk orang Islam dan adalah tidak wajar untuk agama lain masuk campur dalam urusan agama orang lain," katanya.
Kerajaan minggu lepas mengusulkan supaya rang undang-udang
persendirian yang dikemukakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dipercepat.
Hadi bagaimanapun mohon ia ditangguh ke sidang akan datang atas alasan kesuntukan masa untuk dibahas.
Pindaan itu dilihat pengkritik sebagai usaha melaksanakan hudud di Kelantan.
No comments:
Post a Comment