shahbudindotcom
Satu
demi satu menteri kabinet daripada parti komponen BN mengugut mahu
meletakkan jawatan daripada kerajaan sekiranya usul persendirian Hadi
Awang yang bertujuan meningkatkan taraf Mahkamah Syariah diluluskan oleh
Parlimen.
Mula-mula ia dilontarkan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong.
Kemudian
Presiden MIC, S Subramanian menyertai Liow dan Mah untuk turut
mengambil tindakan yang sama sebagai protes terhadap usul tersebut.
Terbaru,
dua lagi anggota kabinet daripada MCA iaitu Wee Ka Siong dan Ong Ka
Chuan serta seorang timbalan menteri, Chew Mei Fun juga menyatakan
komitmen untuk sama-sama meletakkan jawatan mereka.
Walaupun telah diberitahu melalui kenyataan Najib Jumaat lalu bahawa usul Hadi Awang itu bukan usul hudud, para pemimpin komponen BN nampaknya lebih percaya bahawa kelulusan usul tersebut adalah langkah awal ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan.
Malangnya,
di sebalik mengugut mahu meletakkan jawatan itu, tiada pula ternampak
hasrat mereka untuk membawa keluar parti masing-masing meninggalkan BN.
Jika
benar marah kepada kerajaan dan kerana usul Hadi Awang itu dilihat
menggambarkan wujudnya kerjasama antara UMNO dengan Pas untuk
melaksanakan hudud, mengapa mereka tidak mahu keluar BN?
Sebenarnya semua ini hanya wayang untuk menjaga penyokong masing-masing menjelang pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.
Dalam
masa yang sama, tidak kedengaran pula pemimpin-pemimpin UMNO menempelak
ugutan yang dilakukan oleh menteri-menteri bukan Islam yang mahu
meletakkan jawatan itu.
Pas sebagaimana biasa, lebih menyalahkan dan memarahi DAP berbanding MCA, MIC dan Gerakan berkaitan usul berkaitan hudud itu.
Ya,
semuanya adalah wayang belaka di mana masing-masing sedang melakukan
pementasan untuk kepentingan penyokong masing-masing yang kesudahan
ceritanya hudud tetap tidak ke mana-mana.
Panjang umur sama-samalah kita saksikannya.
No comments:
Post a Comment