KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mendapatkan
maklumat lebih lanjut berhubung pembentangan Rang Undang-Undang (RUU)
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 dari Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, rang undang-undang yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lalu menimbulkan kekeliruan
komuniti Cina kerana menganggapnya hukum hudud.
"Saya akan menemui Perdana Menteri dalam tempoh terdekat untuk
membincangkan RUU itu dan kemudian menjelaskannya kepada komuniti Cina.
"Kami bukan panik tetapi serius terhadap perkara itu agar tidak
dilaksanakan kerana berpandangan ia bercanggah Perlembagaan Persekutuan
dan atas semangat permuafakatan dalam Barisan Nasional (BN)," katanya di
sini, hari ini.
Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pengangkutan merasmikan Mesyuarat
Agung Tahunan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) di Wisma MCA,
di sini.
Mengenai peletakan jawatan Datuk Dr Leong Yong Kong sebagai Timbalan
Pengerusi MCA Kedah dan EXCO Kedah sebagai bantahan terhadap
pembentangan RUU itu, Tiong Lai berkata, setakat beliau belum
dimaklumkan mengenainya.
"Sepatutnya dalam keadaan sekarang, tidak timbul isu peletakan jawatan,
sebaliknya kita bersatu menentang RUU itu agar tak diluluskan di
Parlimen kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan," katanya
No comments:
Post a Comment