Monday, May 30, 2016

Aksi silap mata ‘menetak’ peserta undang masalah

 
“Dalam aksi itu Limbad yang mengajak saya untuk menjadi sukarelawan, dia kemudian menetak leher dan perut saya berkali-kali."


silap


PETALING JAYA: Aksi seorang ahli silap mata terkenal di Indonesia mengundang masalah apabila salah seorang peserta digunakan dalam persembahan kini merungut kesakitan.

Ahli silap mata itu, Limbad disiasat polis selepas peserta yang juga pelawak, Ramli Hiola atau lebih dikenali sebagai Amoy menghadapi sakit di bahagian perut dan terdapat kesan luka yang semakin membesar selepas dia ‘ditetak’ dalam persembahan silap mata sehari sebelum itu.

“Dalam aksi itu Limbad yang mengajak saya untuk menjadi sukarelawan, dia kemudian menetak leher dan perut saya berkali-kali.

“Selepas aksi itu saya tidak berasa apa-apa tetapi apabila saya bangun pada keesokan harinya perut saya sakit dan ada kesan luka yang semakin membesar,” katanya.

Dia dikatakan ditetak menggunakan parang mata di Kotamobagu pada 23 Mei lalu.

Kerana terlalu sakit Amoy mendapatkan rawatan di hospital dan ditahan di wad selama beberapa hari.

“Doktor memberitahu ada luka di bahagian dalam perut saya dan darah yang terkumpul menyebabkan kesan lebam,” jelasnya.

Jurucakap polis mengesahkan perkara itu sedang menyiasat dan sedang menunggu Limbad hadir untuk siasatan lanjut.

No comments: