KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini
disebabkan minat belian baru terhadap mata wang tempatan.
Pada jam 9.05 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1080/1130 berbanding dolar berbanding 4.1150/1190 pada 5 petang semalam.
Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.
Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9775/9828 daripada
2.9784/9831 penutup Isnin dan hampir mendatar berbanding yen pada
3.7022/7084 daripada 3.7022/7068.
Unit tempatan itu susut berbanding pound British kepada 6.0264/0342
daripada 6.0050/0133 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.5804/5864
daripada 4.5812/5873.
No comments:
Post a Comment