DETIK DAILY
KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika dasar initerus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.
"Majikan
terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran
cabaran ekonomi semasa. Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar
mereka akan melakukan"retrenchment" sebelum Julai kerana jika mereka
melakukan selepas Julai,sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih
tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya," kata
beliau kepada Bernama pada Isnin.
Beliau
turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang
tahun ini ekoran keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1
Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di
Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Shamsuddin
berkata pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai
sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans
serta peruncitan.
"Kita tahu sekarang dari
segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak
mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan
pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih
mengamalkan "voluntary retrenchment," katanya.
Beliau
berkata, situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya
mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam
masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.
Katanya,
sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan
perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja
terpaksa diberhentikan.
Sementara itu, Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yakin pelaksanaanPGM 2016 tidak akan
membebankan majikan dalam menanggung peningkatan kospembayaran gaji
pekerja selepas peraturan baharu itu dikuatkuasakan.
Setiausaha
Agungnya N. Gopal Kishnam berkata ia kerana kadar kenaikan gajiminimum
baharu yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidaklah terlalu tinggi.
Beliau
berkata, kebarangkalian untuk berlakunya kes seperti tunggakan gaji,
pembuangan pekerja mahupun penutupan syarikat hanya kerana peningkatan
kos pembayaran buruh, adalah kecil.
"Hanya
jika keadaan ekonomi benar-benar merosot sehingga tahap terburuk sahaja
akan menyebabkan majikan terpaksa bertindak sedemikian untuk
menyelamatkan perniagaan mereka.
"MTUC yakin
kerajaan telah mengambil kira segenap aspek dan pastinya dasar baharu
yang dijangka dikuatkuasakan pertengahan tahun ini akan memberi kebaikan
kepada semua pihak," katanya ketika di hubungi Bernama.
Gopal
berkata, peningkatan gaji minimum ini merupakan satu bonus kepada
pekerja di negara ini yang kini berhadapan situasi ekonomi global yang
tidak menentu.
"Selain membantu mengurangkan
beban ditanggung mereka, MTUC juga berharap peningkatan gaji ini akan
memberi galakan kepada pekerja untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang
dan produktif," katanya.-Bernama
No comments:
Post a Comment