Thursday, December 17, 2009

Harga maksimum 13 barang sempena Krismas

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam mengumumkan penetapan harga maksimum borong dan runcit bagi 13 barang kawalan sempena musim perayaan Krismas selama lima hari, mulai Rabu depan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata skim kawalan harga yang pertama kali diperkenal ketika sambutan perayaan Krismas itu selaras dengan gagasan 1Malaysia iaitu tidak bersikap berat sebelah.

Katanya, pelaksanaan skim terbabit dilaksanakan secara serentak membabitkan 138 kawasan serta daerah di seluruh negara dan lesen khas untuk penjualan barang terkawal boleh didapati di semua pejabat PDNKK di seluruh negara.

“Antara barang kawalan sempena skim berkenaan ialah ayam, ayam belanda import, daging lembu tempatan, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, telur ayam dan tomato serta cili benggala hijau,“ katanya pada sidang media di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini, semalam.

No comments: