Saturday, December 26, 2009

Umno-BN makin parah bergasak sesama sendiri

Angkasanuri


Tahun baru,pergolakan baru. Itu yang dapat digambarkan apa yang berlaku kepada Umno@BN hari ini.

Di Utara belum selesai polemik dan perebutan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang di antara Umno dan Gerakan.

Di Pantai Timur Umno Terangganu yang selama ini 'duduk serumah tetapi bilik lain-lain' berlarutan dengan bercakaran sesama sendiri di dalam sidang DUN Terangganu di antara kumpulan Datuk Ahmad Said dan regu Datuk Idris Jusoh.

Krisis dalam MCA semakin buntu dengan masing-masing cabar mencabar sesama sendiri.

Dalam PPP makin haru biru bila Presiden PPP Datuk M.Kayveas menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Di Perak lain pula ceritanya apabila Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim mendedak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meletak jawatan sebagai ketua WHIP BN di parlimen kerana gagal menjalankan tugasnya memastikan kehadiran ahli parlimen BN dalam undian kelulusan Belanjawan 2010 sehingga menyebabkan BN hampir ditumbangkan tanpa pilihanraya umum.

Apa yang berlaku menunjukkan sikap berebut jawatan dan kuasa tanpa memperdulikan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Jadi tak peliklah enjin jet yang besar tu pun boleh hilang kerana pemimpin Umno@BN lebih sibuk bercakaran sesama sendiri.

Mereka bercakap tentang 1Malaysia, kononnya rakyat didahulukan tetapi sikap mereka sebenarnya lebih mengutamakan kedudukan dan kuasa.

Adakah kita hendak membiarkan mereka yang mementingkan diri dan kuasa ini terus berkuasa di negara ini?

No comments: