Wan Nordin Wan Yaacob |
KUALA LUMPUR : PAS menempa satu lagi sejarah dalam perjuangan dakwah dan politiknya apabila kini Kelab Penyokong PAS akan diserap menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS bertaraf sayap parti. Dasar-dasar yang telah diderafkan sebagai legitimasi kepada dewan ini memberi kelansungan kepada sinar politik dan pengharapan masyarakat bukan Islam dalam meneruskan sokongan kepada PAS. Mengupas tajuk ini, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemubual Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa pada 23 Disember lalu. Ikuti bingkisan wawancara tersebut. Kemudiannya kali kedua setelah kita buat selepas kita selesai beberapa pilihan raya kecil PRK, dalama dua tiga bulan yang sudah, kemudiannya mesyuarat terakhir baru-baru ini dibentang sekali lagi, bermakna dah tiga kali draf ini dibentang. Draf ini yang membawa makna ia legitimasi kepada undang-undang yang membawa kewujudan kelab inilah, contohnya dia ada punya struktur sendiri, keahliannya, disiplinnya dan hak keperwakilannya ke adalam muktamar atau mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat, negeri, hingga ke kawasan. Ia juga ada syarat-syarat keanggotaan dan sebagainya. Dari segi dasar tiada masalah bahkan pada mesyuarat lalu mereka mahu namanya diberi sedikit kekuatan dengan diberi nama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS supaya dilihat ia sayap yang berperanan penting seperti dewan lain, itu drafnya kita telah sediakan di mana bekas senator Haji Hassan Shukri selaku pengerusi. Malah ia perlu dibawa ke muktamar untuk pindaan. Oleh kerana kita nak elak ia menjadi masalah yang panjang, kita menggunakan peruntukan (klause) yang ada dalam perlembagan kita yang menyatakan AJK PAS Pusat berhak membentuk apa-apa jawatankuasa yang dirasakan perlu. Jadi dengan peruntukan itu, kita telah diberi kuasa menubuhkan jawatankuasa ini dan kita setuju keahlian dewan ini kehalian di peringkat dewan sahaja tak melibatkan ahli menyeluruh kerana berasaskan kepada masalah yang saya sebutkan tadi. Namun demikian status sebagai dewan perhimpunan ini tetap beri hak hadir mesyuarat, hadir muktamar dan beri pandangan dan lebih dari itu jadi sayap parti khusus dalam persoalan bukan Islam. Di sana ada isu-isu yang menyentuh hak untuk mengundi di muktamar, dia tak menyebut nama dewan ini sebab belum dipinda, kita letak status mereka pemerhati rasmi, mereka berperanan macam perwakilan lain tetapi mereka tak boleh mengundi dan diundi buat masa ini, namun status itu tak kekal, maknanya ia boleh berubah tak kekal statusnya setakat itu sahaja. Dan bagi mereka yang bukan penyokong, mereka akan dapat melihat ini satu pembaharuan yang PAS lakukan bukan hanya retorik sahaja. Namun ianya terpulang kepada pertimbangnan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang biasanya menapis calon-calon ini. Malah ia juga bergantung kepada suatu rundingan dengan sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat samada untuk letak ditempat sesuai. Draf juga menyebut mereka boleh beri calon kepada kita untuk kita pertimbangkan, mereka bukan sahaja duduk kekal sebagai dewan tetapi nak jadi calon untuk mereka ini sebagai tidak mustahil akan berlaku. Isu ini perlu diperincikan keperluan siapa dan dimana.Secara peribadi saya rasa sangat perlu letak calon bukan Islam kalau tak ramai beberapa indidvidu di kawasan yang staretgik Tetapi pada waktu yang sama juga apa yang berlaku iaitu kekecamukan dalam MIC, MCA dan PPP kita di peringkat PAS memerlukan mereka sertai kita, tetapi ditegaskan mereka yang nak masuk kena yakin dasar dan perjuangan PAS dan ada syarat dalam keahlian yang mana dalam kita alu-alukan kita juga mahu penyertaan mereka dengan keyakinan dengan dasar-dasar PAS. Kita dah siap modul untuk ahli-ahli masuk serap jadi dewan kita dan kita adakan model latihan perkenalakan PAS. Ini pengiktirafan besar, kita harap ia berkembang perkenalkan PAS bukan dari ,mulut orang Islam tetapi mulut hukan Islam. Beri kerjasama atas arahan Lunjah pastikan proses ini berjalan lancar. |
Tuesday, December 29, 2009
Kelab Penyokong PAS diiktiraf sebagai Dewan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment