|
Ketika tahun ini hampir menutup tirainya, akhbar sekali lagi memaparkan tajuk menggemparkan berhubung pendakwaan pertama dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan 29 pertuduhan pecah amanah dan penipuan
terhadap empat tertuduh.
Mohd Nizar mengemukakan rayuan selepas Dr Zambry dilantik sebagai menteri besar dan kes itu kini menunggu penyelesaian di Mahkamah Persekutuan.
Sebelum itu, Mahkamah Rayuan, semasa membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, memutuskan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertindak betul dalam melantik Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru mengikut Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Kes itu juga menyebabkan pengerusi DAP Karpal Singh menghadapi pertuduhan memfitnah bagi kenyataannya pada sidang akhbar mengenai Sultan Perak berhubung krisis politik negeri itu.
Anwar, 62, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008, gagal menghalang pihak pendakwaan daripada memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi untuk membekalkan dokumen seperti laporan perubatan dan sampel DNA seperti diminta Anwar dengan perbicaraan ditetapkan pada 25 Januari tahun depan.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 1 Mac untuk mendengar rayuannya bagi kebenaran mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Anwar juga memfailkan saman sivil jutaan ringgit terhadap syarikat media dengan Utusan Malaysia dan New Straits Times mendahului senarai.
Agensi pencegahan rasuah negara yang diberi nama baru iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal 2009 turut dilanda kemelut apabila seorang setiausaha politik Teoh Beng Hock, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas beliau disoal siasat oleh SPRM Selangor berhubung penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri.
Mahkamah Tinggi juga memutuskan SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi pada waktu pejabat sahaja dalam kes anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah, 39, yang memfailkan saman terhadap SPRM, mendakwa penahanannya dan disoal siasat selama 16 jam oleh SPRM adalah melanggar undang-undang.
Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan.
Imej SPRM juga tercalar ekoran kegagalan badan itu dalam mensabitkan beberapa nama besar iaitu bekas Menteri Kemajuan Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Datuk Ramli Yusoff dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab bagi kesalahan rasuah.
Badan itu bagaimanapun telah memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk merayu terhadap pembebasan Mirza yang kembali memegang jawatannya itu selepas perbicaraan itu.
Dalam skandal PKFZ, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka O C Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang terhadap tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM254.85 juta.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata lebih ramai lagi akan dibawa ke muka pengadilan berhubung kontroversi PKFZ yang timbul selepas kos untuk membangunkan pusat kargo bersepadu di kawasan seluas 400 hektar itu melonjak daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.
Untuk makluman, PKA telah memfailkan saman RM920 juta terhadap KDSB untuk mendapatkan semula sebahagian daripada kerugiannya itu manakala Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat memfailkan saman fitnah RM500 juta terhadap Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Datuk Seri Tiong King Sing, yang juga anggota Parlimen Bintulu.
Mahkamah Koroner memutuskan wanita itu membunuh diri selepas minum racun rumpai, paraquat.
Penulis blog kontroversi Raja Petra Raja Kamaruddin, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), melarikan diri daripada pihak berkuasa yang cuba melaksanakan waran tangkap terhadapnya ekoran kegagalannya hadir di mahkamah bagi pertuduhan memfitnah secara bertulis dan juga pertuduhan memfitnah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tiada pilihan selain menutup kes terhadap penulis blog itu yang kini dilaporkan berada di London selepas sebelum ini dispekulasikan berada di Australia.
No comments:
Post a Comment