Wednesday, December 18, 2019

Tun M enggan ulas isu VVIP jumpa Azilah

Wartawan MalaysiaGazette
MGF17122019_PM-SAKSI-PERJANJIAN-BANDAR-MALAYSIA12-1
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta yang lain hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bandar Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 
 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri hari ini enggan mengulas ketika ditanya wartawan sama ada beliau ada berjumpa dengan Azilah Hadri atau tidak.

Sambil tersenyum, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum bangun menamatkan sidang media susulan lawatannya ke Bandar Malaysia selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian antara TRX City Sdn Bhd (TRXC) dan IWH CREC Sdn Bhd (IWH-CREC) hari ini.

Sebelum itu, ada dakwaan mengatakan Azilah yang juga bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis ada berjumpa dengan VVIP sebelum mengemukakan akuan bersumpah (AD) mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengarahkannya membunuh Altantanyu Shaariibu.

Azilah kini di Penjara Kajang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara Kajang pada Februari lalu. – MalaysiaGazette

No comments: