Lelaki berusia 57 tahun tergelincir, lemas di depan rumah
TANAH MERAH – Seorang lelaki berusia 57 tahun dari Kampung Renak, Bukit Bunga, di
sini, menjadi mangsa korban pertama akibat lemas pada banjir gelombang
kedua di Kelantan yang bermula hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli,
Mohd Adni Ibrahim berkata, mangsa dikenali sebagai Shaimee Ismail, 57,
ditemukan penduduk kampung selepas dipercayai lemas akibat dihanyutkan
arus deras pada pukul 9 pagi.
“Mangsa ditemui 200 meter dari tempat
tergelincir berhampiran rumahnya, dipercayai sebelum itu cuba untuk
menyelamatkan diri selepas rumahnya ditenggelami air sedalam lebih 1
meter,” katanya di sini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya.
Banjir gelombang pertama di Kelantan sebelum ini telah meragut tiga nyawa.- Bernama
No comments:
Post a Comment