Tuesday, December 3, 2019

Pindaan Perlembagaan had tempoh PM dua penggal dibentang hari ini

Wartawan MalaysiaGazette
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR – Pindaaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan bagi jawatan perdana menteri selama dua penggal sahaja akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan melibatkan Perkara 43 Fasal 2 bagi mengadakan peruntukan berhubung kelayakan ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Melalui pindaan yang dicadangkan seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri jika dia pernah memegang jawatan tersebut bagi tempoh dua penggal Parlimen.  – MalaysiaGazette

No comments: