Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dua menteri itu ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamddin Ketapi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.
“Mereka bukan sahaja perlu melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden ini, Menterinya juga patut memohon maaf kepada masyarakat di negara ini yang berbudaya ketimuran.
“Lebih lagi majoriti rakyatnya beragama Islam sangat memelihara maruah dan harga diri.
“Menteri Hal Ehwal Agama juga sewajarnya mengakui kesilapan beliau dan bertanggungjawab atas naratif yang kurang tepat dan salah dalam memperkenalkan konsep rahmatan lil ‘alamin yang sebenar, sehingga menatijahkan insiden seumpama ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Dr. Mohd Khairuddin, kejayaan penganjuran Tattoo Malaysia Expo 2019 di Kuala Lumpur itu diburukkan lagi dengan persembahan separuh bogel para pesertanya.
Katanya, amat memalukan kejadian itu berlaku ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang rancak memperkenalkan dan melaksanakan dasar rahmatan lil alamin dan negara Rahmah.
“Ini adalah kegagalan Kementerian Pelancongan yang tidak memahami latar belakang dan realiti penganjurannya, bahkan memperlihatkan kementerian itu sendiri pun tidak begitu memahami dan menghayati dasar yang telah dibentangkan oleh Dr. Mujahid kepada semua kementerian.
“Jika kementerian pelancongan tulus dan serius terhadap dasar tersebut, pasti program sebegini dipantau dan dikawal dengan lebih ketat atau sepatutnya tidak meluluskannya dari awal lagi,” katanya. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment