Saturday, December 7, 2019

Pemimpin PKR Johor dedah dakwaan ‘kongres alternatif’

Mark Matthew.

AYER KEROH: Seorang pemimpin PKR Johor hari ini mendakwa memang ada rancangan untuk mengadakan kongres alternatif di Kuala Lumpur minggu ini, disebalik penafian beberapa pemimpin parti.

Bercakap kepada pemberita di sebuah hotel hari ini, Ketua PKR Kluang, Mark Matthew berkata penganjuran suatu acara lain itu bukan rahsia.

“Kemudian ada penyelesaian, saya diberitahu dengan jelas kerana kita kenal orang yang bercakap dengan presiden.”

Beliau merujuk kepada pertemuan pemimpin tertinggi PKR termasuk Presiden Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, yang menunjukkan masalah sekitar kongres nasional di Melaka sudah selesai.

“Itu yang kami percaya akan berlaku dan itulah sebannya kami bersetuju untuk membatalkan kongres di KL dan berkumpul (di Melaka).”

Kemudian, ketika ditanya siapa yang menganjurkan kongres alternatif itu, Mark mendakwa penganjurnya barisan pemimpin terpilih.

Sebelum ini, Anwar memberi amaran pemimpin parti yang menghadiri sebarang acara berasingan semasa kongres nasional tahunan PKR berdepan pemecatan.

Terdapat khabar angin mengenai suatu sidang berasingan, yang dikatakan akan dirasmi oleh Azmin, di ibu negara susulan perselisihan mengenai siapa perasmi kongres Pemuda tetapi ia dinafikan Azmin dan pemimpin lain.

No comments: