Ikut sejarah, komunis dan evangelis amat bermusuh dengan Islam
BANGI – Tidak mustahil umat Islam di Malaysia akan menerima nasib sama
seperti etnik minoriti Islam Uyghur di China, sekiranya parti cauvinis
menguasai sepenuhnya pemerintahan negara.
Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam,
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ir Muhammad Lukman Al Hakim berkata,
umat Islam di Malaysia harus kekal bersatu dan memastikan dominasi
Melayu serta Islam dalam senario politik negara, jika tidak mahu keadaan
sama menimpa.
Beliau menegaskan, identiti Islam
sebagai agama Persekutuan serta syiar-syiarnya yang dilindungi
undang-undang perlu dipertahankan semua pihak.
“Kita perlu menguasai sejarah dan
membuat bacaan masa depan. Semua seksaan dan diskriminasi ini amat jelas
bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan beragama yang
diterima seluruh warga dunia.
“Namun, seluruh dunia juga senyap seribu
bahasa, dan kerajaan China terus berleluasa dan semakin kuat menekan.
Fenomena ini seakan sama seperti apa yang menimpa umat Islam di
Palestin, Syria dan Myanmar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Lukman
berkata, banyak tindakan dan pendirian satu parti cauvinis yang
antinasional, selain sangat membenci Islam.
Beliau berkata, perkara itu seharusnya
menimbulkan kerisauan dalam kalangan umat Islam, apatah lagi bibit-bibit
kebencian terhadap agama Islam telah lama wujud dan semakin menebal di
negara ini.
“Jika dikaji dan diteliti sejarah parti
cauvinis ini, kita dengan mudah dapat mengaitkannya dengan idea komunis
dan evangelis yang kedua-duanya amat memusuhi Islam sepanjang sejarah
kemanusiaan.
“Justeru, segala ideologi parti cauvinis
ini harus dikekang dan parti ini harus ditamatkan riwayatnya dalam
senario politik negara. Kita harus bertindak sekarang sebelum terlambat.
Jangan sudah terhantuk baru terngadah!,” katanya.
No comments:
Post a Comment