Tiga lagi berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)
BANGI
– Enam daripada sembilan pertubuhan yang menghadiri Majlis Peringatan
Perjanjian Damai Hatyai Anjuran Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang
pada 1 Disember lalu adalah pertubuhan tidak berdaftar.
Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) turut
menyifatkannya sebagai Pertubuhan Yang Menyalahi Undang-Undang di bawah
Seksyen 41(1)(b), Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan di bawah Seksyen
43 Akta yang sama.
“Akta itu menyatakan bahawa mana- mana
orang yang didapati menjadi anggota sesuatu pertubuhan yang menyalahi
undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan yang sekiranya disabitkan
boleh dijatuhkan hukuman penjara.
“Adalah diingatkan bahawa setiap
pertubuhan berdaftar hendaklah menjalankan aktiviti dan urusan-urusannya
mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan
1966 [Akta 335],” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu, tiga lagi
pertubuhan yang menghadiri majlis tersebut disahkan berdaftar di bawah
Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].
“Justeru, kami telah mengambil tindakan
dengan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 66, Akta Pertubuhan 1966
[Akta 335] supaya ahli jawatankuasa pertubuhan tersebut hadir ke
jabatan.
“Mereka perlu hadiri untuk memberi keterangan berkaitan penglibatan pertubuhan dalam majlis peringatan tersebut,” katanya.
Rabu lepas, Polis mengesahkan telah
mengenal pasti sembilan persatuan yang terlibat dalam penganjuran Majlis
Peringatan Perjanjian Damai Hatyai Anjuran Parti Komunis Malaya (PKM)
di Kajang, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga mengenal pasti empat
individu yang memberi ucapan pada majlis tersebut.
Antaranya ialah Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu, Editor Persatuan Persahabatan
Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.
No comments:
Post a Comment