Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Pertubuhan rasis tentang jawi takut identiti Melayu diterapkan pada pelajar
BANGI
– Punca sebenar pertubuhan radikal Cina, Dong Jiao Zong menentang
habis-habisan usaha kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah
vernakular kerana mereka takut unsur identiti Melayu diterapkan kepada
pelajar.
Pendakwah
bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah yakin pertubuhan rasis itu tidak
mahu sebarang perkara termasuk pengenalan tulisan jawi mengganggu proses
‘pencinaan’ di sekolah vernakular.
“Bila jawi diperkenalkan bermakna akan masuk lagi unsur identiti Melayu dalam silibus. Mereka tak mahu perkara ini berlaku.
“Mereka tak
mahu belajar asal usul sejarah negara ini. Mereka tak mahu kaji asal
usul Tanah Melayu. Mereka lebih perjuang hak kaum daripada negara,”
katanya dalam rancangan Kerusi Panas yang disiarkan di TV Pertiwi, malam
ini.
Beliau
berkata, apa yang berlaku adalah kesilapan terbesar pertubuhan rasis
berkenaan kerana sepatutnya sebagai minoriti, asal usul negara yang
didiami perlulah difahami dan dipelajari dengan baik.
“Sepatutnya
mana-mana minoriti di negara lain berasimilasi. Nak tak nak kita kena
fahami majoriti. Tapi puak ni tak nak fahami Melayu. Ini mereka bercakap
pun bahasa Melayu pun tak lepas.
“Tak cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Patutnya mereka kena faham orang Melayu, tak banyak pun, sedikit,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia sangat pelik kerana kerajaannya lebih ‘tunduk’ kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Walhal, pada hakikatnya, keputusan kerajaan mengikat, NGO tidak boleh mengikat, katanya.
“Kuasa
bergantung kepada kerajaan. Setiap arahan kerajaan mesti dipatuhi,
tetapi mengapa sekolah kerajaan yang tentukan adalah Dong Zong dan Jiao
Zong. Hatta kemasukan guru Melayu di sekolah Cina, ditapis mereka.
“Dia boleh
bagi surat ke PPD minta tukar guru besar di SJK(C) Puchong kerana mereka
tak suka guru besar dan guru besar berkenaan ditukar. Nampak tak betapa
besarnya pengaruh Dong Jiao Zong ni.
“Kita berada
dalam situasi politik sebegini. Pembinaan negara dalam negara. Ini
sangat berbahaya. Tidak boleh dibiarkan. Sebab itu saya minta, kerajaan
bertindak,” katanya.
Justeru,
beliau menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengharamkan
pertubuhan ini kerana mereka sudah terkeluar daripada norma sebagai
sebuah NGO.
“Haramkan
pertubuhan ini. Pemimpin yang sokong, tarik kewarganegaraan. Kita nak
bina negara ke kita nak bina bangsa? Sekarang komunis sedang bersarang
di Kajang, saya minta dari dulu lagi pantau institusi pendidikan, teliti
silibus mereka. Apa guru mereka ajar. Adakah proses pendidikan itu
melahirkan orang orang seperti ini lagi.
“Kita sudah
tidak ada banyak masa, sepatutnya kita matang dah nak melahirkan anak
bangsa. Sepatutnya dah lama ‘selesai’ dah dalam isu ini kerana sudah 60
tahun merdeka. Tapi kita masih tarik tali,” katanya.
No comments:
Post a Comment