Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.
"Perlembagaan negeri Johor dan Terengganu yang diisytiharkan sebelum ini dibatalkan oleh perlembagaan baru yang diterima oleh semua negeri.
"Oleh itu pada 9 Mei, 2018, rakyat Malaysia mengundi untuk memilih kerajaan (Persekutuan) Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri.
"Adalah penting bahawa semua orang menghormati perlembagaan dan mematuhinya. Kegagalan berbuat demikian akan menafikan peraturan undang-undang," katanya dalam catatan blog petang ini.
Perlembagaan Johor dimasyurkan pada tahun 1895 manakala Perlembagaan Terengganu dirangka pada tahun 1911 dan masih berkuatkuasa.
Perlembagaan negeri di semua negeri Tanah melayu adalah merupakan asas untuk pembentukan dewan undang negeri masing-masing serta memberi panduan terhadap pembentukan kerajaan negeri.
Kenyataan Mahathir itu dibuat selepas pertelingkahan dengan istana Johor dalam isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).
No comments:
Post a Comment