BAGI anda yang pernah mengunjungi Australia,
pasti anda mengetahui kawasan pesisir pantainya bersih dan sungguh
mendamaikan.
Tetapi, bagi anda yang tidak berkesempatan untuk ke negara itu, jangan risau kerana di Malaysia juga ada pesisir pantai yang bersih dan indah.
Baru-baru ini tular di media sosial beberapa keping foto yang menunjukkan pesisir pantai di Seberang Takir.

Ia selepas pemilik foto, Nasir Ali yang berkongsikan foto pantai itu
yang terletaknya di sebuah perkampungan nelayan terkenal yang terletak
di muara Sungai Terengganu.
Rata-rata netizen kagum dengan keindahan pantai itu dengan kawasan sekeliling yang bersih.
Foto-foto yang tular itu turut mendapat perhatian pelakon yang juga aktivis alam sekitar, Maya Karin yang nyata terpegun dengan keindahan pantai yang ada di Malaysia.
Maya turut menyifatkan keindahan itu persis seperti di Australia tetapi tidak menyangkal bahawa pantai di Malaysia juga setanding dengan negara luar.
Dalam pada itu, netizen turut memberi saranan bagaimana keindahan pulau itu dapat dijaga dengan baik.

No comments:
Post a Comment