PRK Semenyih | Calon Barisan
Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) akan
datang bukan sahaja mesti dipersetujui semua parti komponen, malah dapat
diterima baik oleh rakyat, kata pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad menyamakan proses pemilihan calon dengan strategi pemasaran untuk menjual sesuatu produk.
"Ini semua tentang pemasaran. Tidak ada gunanya menawarkan produk yang sudah tamat tempoh.
"Saya tidak akan meletakkan produk atau calon yang telah tamat tempoh, itu satu perkara yang pasti,"
katanya.
Meskipun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai calon berkenaan, Mohamad menegaskan pemilihan muktamad mengenai calon yang bertanding mesti diterima semua pihak.
"Kita bukan kata diterima parti Umno saja, parti MCA saja, tapi yang penting adalah kita menawarkan barangan produk kita kepada orang ramai.
"Supaya barangan produk calon tersebut boleh kita pasarkan, boleh diterima dan boleh dibeli oleh orang," katanya yang ditemani Anggota Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.
Tidak
seperti Cameron Highlands yang merupakan kerusi luar bandar dan kubu
BN, Umno tewas di DUN Semenyih yang merupakan sebuah kawasan bandar di
Selangor pada pilihan raya umum lalu.
Mohamad berkata adalah penting bagi BN meletakkan calon yang tepat bagi mendapatkan semula kerusi tersebut.
"Saya nak cari calon yang mampu membawa nama parti. Sebab sekarang parti tidak boleh membawa calon lagi.
"Jadi mesti calon yang boleh bawa nama parti. Calon yang tidak ada apa-apa baggage, calon yang tidak ada apa-apa masalah Insha Allah," katanya.
Semalam Malaysiakini melaporkan pendakwah Islam terkenal, Mohd Farid Ravi Abdullah menolak desas desus bahawa beliau merupakan salah seorang calon yang sedang dipertimbangkan Umno untuk bertanding pada PRK Semenyih.
Sementara itu, ketua Umno bahagian Semenyih Johan Abdul Aziz berkata, bahagian itu mencadangkan enam nama termasuk dari sayap Pemuda dan Wanita.
Pengumuman rasmi dijangka dibuat minggu depan.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad menyamakan proses pemilihan calon dengan strategi pemasaran untuk menjual sesuatu produk.
"Ini semua tentang pemasaran. Tidak ada gunanya menawarkan produk yang sudah tamat tempoh.
"Saya tidak akan meletakkan produk atau calon yang telah tamat tempoh, itu satu perkara yang pasti,"
katanya.
Meskipun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai calon berkenaan, Mohamad menegaskan pemilihan muktamad mengenai calon yang bertanding mesti diterima semua pihak.
"Kita bukan kata diterima parti Umno saja, parti MCA saja, tapi yang penting adalah kita menawarkan barangan produk kita kepada orang ramai.
"Supaya barangan produk calon tersebut boleh kita pasarkan, boleh diterima dan boleh dibeli oleh orang," katanya yang ditemani Anggota Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.
PRK
DUN Semenyih diadakan pada 2 Mac ini susulan kematian penyandangnya
dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Mohd Bakhtiar Mohd Nor bulan lalu.
Mohamad berkata adalah penting bagi BN meletakkan calon yang tepat bagi mendapatkan semula kerusi tersebut.
"Saya nak cari calon yang mampu membawa nama parti. Sebab sekarang parti tidak boleh membawa calon lagi.
"Jadi mesti calon yang boleh bawa nama parti. Calon yang tidak ada apa-apa baggage, calon yang tidak ada apa-apa masalah Insha Allah," katanya.
Semalam Malaysiakini melaporkan pendakwah Islam terkenal, Mohd Farid Ravi Abdullah menolak desas desus bahawa beliau merupakan salah seorang calon yang sedang dipertimbangkan Umno untuk bertanding pada PRK Semenyih.
Sementara itu, ketua Umno bahagian Semenyih Johan Abdul Aziz berkata, bahagian itu mencadangkan enam nama termasuk dari sayap Pemuda dan Wanita.
Pengumuman rasmi dijangka dibuat minggu depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan