Khamis, 24 Januari 2019

Sultan Pahang mula tugas Yang di-Pertuan Agong penghujung Januari

Muhammad Azizul Osman

xMGF15012019_PEMASYURAN-SULTAN-PAHANG_16-681x454
Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ditemani isterinya Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang. foto MALAYSIA GAZETTE
 

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 akan memulakan tugas pada 31 Januari depan.

Menurut kenyataan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Sultan Abdullah tarikh itu diputuskan setelah kesemua lapan Raja-raja Melayu selesai bermesyuarat tengah hari tadi.

“Majlis Raja-raja juga bersetuju untuk menyatakan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak  telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun bermula dari tarikh 31 Januari 2019.

“Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang berlangsung hari ini dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali  Sultan Muhammad V, Sultan Kelantandan telah dipengerusikan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman,” demikian menurut Syed Danial.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Al-Sultan Abdullah turut disampaikan kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: