Wartawan Watan-Online
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan Barisan Nasional (BN) bukanlah lawan yang boleh diremehkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang termasuk dalam Parlimen Pahang.
Kit Siang berkata Pakatan Harapan (PH) perlu melakukan keajaiban dua minggu akan datang bagi memenangi PRK tersebut.
Beliau berkata PRK Cameron Highlands merupakan penanda aras untuk PH menawan Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
“PRK Cameron Highlands bukan hanya pertempuran individu atau gabungan politik, tapi lebih penting lagi, pertempuran antara masa depan dan masa lalu Malaysia.
“Antara ‘Malaysia Baharu’ berteraskan demokrasi, urus tadbir baik, kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua masyarakat dan ‘Malaysia Lama’ dengan demokrasi yang tempang, kakistrokrasi, negara gagal dan kleptokrasi global,” katanya melalui kenyataan media pada Khamis.
PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon DAP yang diwakili M. Manoharan, BN dengan Ramli Mohd Nor dan M. Kayveas yang mendakwa sebagai presiden parti MyPPP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan