Tindakan mengarahkan semua stesen minyak untuk memaparkan harga minyak di negara Asean yang lain merupakan propaganda baru Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menutup kegagalan menurunkan harga minyak seperti janji sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mempersoalkan rasionaliti tindakan tersebut serta faedah yang diperoleh rakyat kesan pemaparan harga itu.
“Mengikut arahan itu, paparan harga mesti jelas dan ketara dan mesti dikemaskinikan setiap minggu.
“Apa faedah yang rakyat dapat dengan arahan ini? Rakyat Malaysia tidak isi minyak dengan harga Cambodia pun.
“…Nampaknya, kerajaan PH tidak pernah berhenti untuk memainkan propaganda. Mereka terus membuat keputusan-keputusan yang tidak masuk akal serta menyusahkan rakyat,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menyindir kerajaan yang dilihat turut berat sebelah apabila tidak memaparkan harga minyak di negara Asean yang lebih murah berbanding Malaysia iaitu Brunei demi menutup fakta.
“Apabila paparan ini mula naik di stesen, tidak mustahil jika ada ada rakyat yang akan tampal sticker untuk harga di Brunei.
“Ada juga rakyat baik hati dan rela membantu kerajaan PH yang mungkin terlupa bahawa Brunei masih antara negara di ASEAN.
“Ada yang mungkin tampal sticker ‘Mana pergi janji minyak RM1.50?,” sindir Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan