Wartawan Watan-Online
Akhirnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa DAP paling berkuasa dalam Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ia sekali gus membuktikan dakwaan parti itu sebelum ini bahawa DAP akan menjadi kuasa dominan jika berjaya menguasai Putrajaya.
“Kuasa Allah SWT, akhirnya Tun Mahathir bercakap apa yang tidak sepatutnya beliau dedahkan bahawa yang paling berkuasa dalam PH adalah Cina DAP.
“Orang Melayu kalau tidak sedar lagi boleh bunuh dirilah.
“Dulu kalau kita (UMNO) cakap kata kita fitnah. Sekarang terbukti DAP yang berkuasa,” katanya kepada Watan-Online.
Mahathir pada Isnin ketika menghadiri satu program di Kuala Terengganu mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan PH termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Katanya, memang pada awalnya DAP adalah sebuah parti seteru namun keadaan telah berubah menjadikan parti tersebut sebagai rakan sekutu kepada PPBM di bawah satu pakatan, PH.
“Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP.
“Mereka (DAP) tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang dari DAP. Jadi, kalau orang kata (DAP) musuh, kenapa pilih saya,” kata Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan