Rabu, 16 Januari 2019

‘PH perlu henti dabik dadak kata mampu perintah negara’: Asyraf Wajdi

Siti hafidah

Dasar 'gelojoh' Gobind Singh punca KWSP terima kerugian RM2.4 bilion



BANGI – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini, mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak asyik mendabik dada menyatakan mampu memerintah negara lebih baik daripada segi ekonomi berbanding kerajaan terdahulu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana badan penarafan antarabangsa telah memberikan bayangan negatif mengenai tinjauan ekonomi 2019.

“Kadar pendapatan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah antara petunjuk kepada keadaan ekonomi negara. Bak kata Menteri Ekonomi, rakyat sudah muak mendengar alasan hutang negara dan sikap menyalahkan kerajaan lama sehinggakan tak nampak natijah positif terhadap ekonomi negara.


“Justeru, apakah PH masih ingin terus berpolitik dan bersandiwara dengan rakyat?,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu pencarum KWSP bakal berdepan pendapatan dividen yang lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Semalam, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman menegaskan kemungkinan jangkaan pendapatan dividen lebih rendah itu bergantung kepada faktor pasaran dan sentimen tempatan.

Dalam pada itu , Asyraf turut membidas dasar ‘gelojoh’ dilaksanakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengarahkan Telekom Malaysia (TM), untuk menurunkan harga pakej Jalur Lebar dengan drastik, sekali gus menyebabkan KWSP menerima kerugian.

“KWSP menerima kerugian sebanyak RM2.4 billion akibat penurunan harga saham TM. Seharusnya YB Menteri mengarahkan agar TM distruktur semula bagi memudahkan syarikat untuk menyerap kesan penurunan berkenaan,” katanya.


Tiada ulasan: