Setiausaha
Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa bercakap kepada media pada Program Makan
Malam Bersama Pengundi Anak Muda sempena Pilihan Raya Kecil P.078
Parlimen Cameron Highlands di Restoran Ikhwan, Tanah Rata, Pahang. foto
HAZROL ZAINAL
TANAH RATA – Perbelanjaan kempen Pilihan Raya Keci (PRK)
Cameron Highlands bagi calon Pakatan Harapan (PH) sejak lima hari lalu
didakwa melebihi had yang ditetapkan di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan
jumlah bunting dan poster yang diletakkan di sepanjang bahu jalan dari
Kuala Lipis ke sini mendapati ia melebihi had yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Saya perhatikan kalau dihitung jumlah papan tanda dan bunting saya
berjalan dari Kuala Lipis melalui Kampung Keledek dan Sg Koyan sampai ke
atas ini, saya sambil-sambil itu saya bilang jumlah poster.
“BN tiada poster lagi tapi bunting dan papan tanda yang dipasang oleh
PH itu saya rasa kosnya sudah melebihi had perbelanjaan pilihan raya.
“Itu jelas sekali, sangat bermewah-mewahan dan banyak sekali yang
mereka belanjakan,” katanya pada sidang media sebelum Majlis Makan Calon
BN Ramli Mohd Nor Bersama Pengundi Muda Cameron Highlands, di sini,
hari ini. Setiausaha
Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa (tiga kiri) diiringi Calon Barisan
Nasional, Ramli Mohd Noor (tiga kanan) beramah mesra dengan belia yang
hadir pada Program Makan Malam Bersama Pengundi Anak Muda sempena
Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Restoran Ikhwan,
Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL
Sebelum ini, calon BN, Ramli Mohd Nor mengakui pihaknya tidak
mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk memasang papan tanda dan
poster sepanjang kempen PRK Cameron Highlands.
Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, had
perbelanjaan bagi kempen pilihan raya yang ditetapkan mestilah tidak
melebihi RM200,000 bagi kerusi Parlimen dan RM100,000 setiap kerusi
negeri.
Annuar juga menyifatkan BN kini miskin susulan ketiadaan sumber
kewangan mencukupi untuk memasang papan tanda dan poster sepanjang
kempen PRK Cameron Highlands ini.
“BN sangat kekurangan (kewangan), kita orang miskin, sudah tentu
sumber (kewangan) merupakan satu perkara yang kita tidak boleh
dinafikan.
“Kami mengakui kita memang menghadapi kekangan dari segi sumber tapi itu bukanlah merupakan perkara yang paling penting.
“Apa yang penting ialah kita mengutamakan kempen rumah ke rumah, kita
bercakap hati ke hati serta kita menyantuni hati nurani rakyat, itu
yang lebih penting bagi kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan