Rabu, 16 Januari 2019

Iqram Dinzly diisytihar muflis

Wartawan MalaysiaGazette
xiqram-681x510
Iqram Dinzly

KUALA LUMPUR – Selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000, pelakon Iqram Dinzly telah diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin tampil berkongsi berita itu di Instagram.

Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

Iqram memberitahu notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan itu diterima sejak tiga tahun lalu yang pada asalnya berjumlah hampir RM200,000.

Jumlah itu dikira sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan.

Selepas mendapat notis, beliau terus disenarai hitam dan ketika melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN dengan mendapat pengurangan cukai sehingga RM67,000.

Namun dia diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu  membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.

Akibat tiada inisiatif membayar, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan Iqram diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya sebelum diisytihar muflis selepas gagal membuat pembayaran. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: