Pemain bagi kelab Sarban FC itu, dikenali sebagai Khairul Anuar Hashim, 26 tahun, ditemui kira kira jam 2.35 pagi ini.
Mangsa yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil bola di dalam tasik berkenaan.
"Kesukaran mencari dan menyelamat di kawasan ini adalah kerana kawasan ini, di bawahnya sedikit berselut.
"Dengan kedalaman tasik sekitar 3 meter, ia menyukarkan sedikit proses menyelamat, ditambah pula kejadian berlaku pada waktu malam," katanya.
Seramai 37 anggota termasuk dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang, dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi mencari mangsa.
Sebelum kejadian, mangsa difahamkan bermain bola sepak bersama rakan sepasukan di padang berdekatan.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan