Jumaat, 11 Januari 2019

Lepas Menang, Semua Berlumba Naik, Sinis Najib


“Sebelum menang, semuanya tidak patut naik. Tapi lepas menang, berlumba-lumba semuanya naik,” sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dalam hantaran terbaharunya menerusi akaun laman Facebook milik beliau, Najib selar kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar yang berkata kenaikan tarif air konon tidak akan bebankan rakyat.

“Naik tak apa. Asalkan jangan nampak cukai dalam resit macam GST (cukai barang dan perkhidmatan). Mereka suka yang disembunyikan,” jelas Najib sinis merujuk pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan dalam nada sindiran menyifatkan kenaikan caj air itu tiada apa-apa dengan berkata: “PH (Pakatan Harapan) menang, rakyat senang. Naik harga pula tidak akan bebankan rakyat.”

Media melaporkan Xavier mengumumkan kemungkinan kenaikan kadar tarif air secara berperingkat sepanjang tahun ini berikutan usaha kerajaan PH untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Namun, beliau dilaporkan berdalih dengan beri jaminan aneh kononnya kenaikan terbaharu itu tidak akan pula membebankan rakyat marhaen dan proses rundingan yang melibatkan semua kerajaan negeri bakal diadakan.

Sebelum ini, rakyat berpendapatan rendah merungut dengan kenaikan kos sara hidup ekoran pelaksanaan semula SST, malahan harga barangan yang murah ketika era GST selepas itu naik mendadak. – Agensi/Mynewshub.TV

MR :  Mereka jatuhkan BN ok lagi, tapi kencing rakyat itu memang pengkhianat

Tiada ulasan: