Pengerusi Guild of Bumiputra Contractors Wibawa (GBC Wibawa), Datuk Md Nasir Ibrahim berkata mekanisme itu amat diperlukan kerana perbuatan beberapa kumpulan ini amat tidak bertanggungjawab.
“Perkara ini merupakan perancangan tidak sihat dan memberi impak negatif kepada kerajaan jika terus dibiarkan.
“Oleh itu, GBC Wibawa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sementara itu, kontraktor Bumiputera kelas G7 berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak meminggirkan mereka dengan terus memberi tempat dan keutamaan dalam perolehan projek kerajaan.
“Kami juga merakam setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Alwi Ibrahim atas pelantikan sebagai ketua setiausaha Kementerian Kerja Raya yang baru, menggantikan Datuk Seri Zohari Akob.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan